Tuesday, June 28, 2011

keluarga Bidin @,@// : Vacation



Pukul 5.30 pagi, hari sabtu...
Saya terdengar pintu bilik ku di ketuk...
dengan muka yang tak berapa nak sedar ni.... bukalah pintu...
muka mak dengan ayah pun muncul depan pintu dengan excited ye...
"Long, bangun jom pergi vacation"
"hah???"
ayah pun berkata" ayah balik masjid nanti semua dah siap tau.."
"okey^^"
semua pun excited lah kemas barang semua...packing baju, masak memasak, mandi, solat semua....dll...

Pukul 7.30 pagi,
"yah, kita nak pergi mana?"
"entah, korang nak pergi mana?"
"??????"
mak pun kata " kalau pergi cameron pun, okey jugak tapi nak kena naik bukit tu takut lah pulak"
saya " pantai pun okey, asalkan bukan mersing...huhuhu"
tanpa ada keputusan, ayah pun kata "dah, dah siap semua"

Pukul 8.10 pagi,
aktiviti : masukkan barang2 dalam kereta
tempat tujuan: tak tahu???

ayah pun kata" kita pergi rantau panjang jom"
saya "jom"

semua masuk kereta dan terus bergerak, ambil masa 7 jam untuk sampai terima kasih pada
Mrs. GPS untuk pengalaman yang "best tu"....
kalau nak tahu apa cerita nya Mrs. GPS tu, ikuti sambungannya dalam part 2...

thank sebab baca, JANEE!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...