Sunday, December 15, 2013

Post bersihkan habuk...puhhhhh

Salam pembuka bicara,

Di sebabkan terlalu busy dengan benda yang tak berapa berfaedah, telah menyebabkan tempat ni dah berabuk-rabuk (uhukkkk..uhukkk).

Musim final da nak tiba, hahaha, persediaan macam mana, assignment semua dah hantar?
Aku macam biasa lah, time nak final ni macam-macam benda tak berfaedah di buat, lambakan drama untuk di tengok, siap dah tahu next episode keluar hari apa, tapi tak de lah sampai sanggup tengok Raw episode macam dulu. heeee~

Semalam, di sebabkan saya berjaya menyiapkan assignment statistic yang 'menarik'. So, rasa nak reward diri sendiri la pulak. Penyebab utama assignment tu boleh siap adalah internet tak de semalam...(berlagak macam study untuk final)

Ada banyak benda yang berlaku semester ni, nak cerita pun panjang sangat untuk di ringkaskan. Tapi semester ni aku dapat bezakan yang mana lawan and yang mana kawan. Kadang-kadang dalam hidup kita ni, kita akan jumpa dengan pelbagai jenis manusia. Yang baik yang tak baik pun ada. Siapa kawan kita, kita yang pilih. Tapi aku dah jumpa dah, orang yang aku boleh jadi diri aku sendiri. I hope this gonna be forever my friend.

Goodluck untuk final semua, Don't worry masih belum terlambat untuk berusaha, in shaa Allah, apa yang kita usaha itulah yang akan kita dapat, study smart jangan study hard, Kalau kita gagal sekali tak semestinya kita akan gagal selama-lamanya kan..All the best~






p/s: 1  4  3 too~


Sunday, April 28, 2013

Kartun untuk budak tak cukup umur..

Di suatu petang yang damai:

kawan:  wei, kau ni umur berapa hah tengok kartun?


aku:       kenapa tak boleh ke?


kawan:  takde la, macam budak tak cukup umur je aku tengok, gelak sorang2, boleh sedih2 pulak tu.


aku:       (pandang dia) oh, ye ke? kau penah tengok ke cerita ni?


kawan:   tak penah pun.


aku:        habis kartun apa kau pernah tengok?


kawan:    doraemon, shin chan. tu penah la aku tengok.


aku:        oh, aku pn nak tye ko la, ko kn tengok drama dot dot dot tu kan, apa pengajaran ko dapat ek?


kawan:    ada la beberapa.


aku:        anyway anime or kartun ni terbahagi pada beberapa jenis, dan ada yang tak sesuai untuk bawah      

              umur pun. jadi kartun ni tak di cipta untuk kanak2 sahaja. malah pencipta kartun itu sendiri 
              bukan budak pra sekolah pun.

kawan:   yelah, benda2 ni kan layan waktu zaman budak2 je dulu, kau boleh pulak sedih2 tengok cite

              macam tu...

aku:        ko yg layan zaman budak2 je.Ei, kau bukan tgk drama tu pn nanges dasyat ke aritu?


kawan:   yelah, sebab bf die bla, bla, bla,,,,,,


aku:        oh, waktu tgk anime tu aku sedih sebab bapa die mati aritu.... sedih kot cuba bayang kan kalau

               jadi kat ko.

kawan:    alah bkn real pn cite ko tu.


aku:         abis drama ko tu real ke?


kawan:     yelah at least cerita aku manusia bkn imaginasi.


aku:         (pandang dia) hah bkn imaginasi??? bkn drama adalah rekaan semata2 jugak ke?

                aku amik balik statement ko tadi kan yg kartun untuk budak2 sahaje. bagi aku selalunya
                benda yang di cipta untuk budak2 adalah di reka dengan lebih teliti berbanding cerita2 biasa.
                sebab dia nak bagi pengajaran yang baik untuk budak2. so, kebanyakkan kartun tak kira tersurat
                or tersirat ada pengajaranya ye yang tersendiri. tak salah dan lebih berfaedah rasanya sekiranya
                kita tengok benda yang memberi pengajarankan. selain itu saya pernah belajar kemahiran berfikir
                satu teknik berfikir adalah dengan berimaginasi. bagi saya orang yang berimaginasi adalah lebih
                kreatif berbanding orang yang hidup di dalam kotak pemikiran mereka sahaja. bak kata        
                orang kita kenalah berfikir out of the box barulah smart..hehehehe.

kawan:    so, orang yang tengok kartun ni berjaya ke semuanya?


aku:         ada aku kata macam itu. berjaya atau tak seseorang itu adalah bergantung pada diri mereka

               sendiri. kalau kita nak berjaya kita yang kena berusaha sendiri...hehehehe...kan? dah la...dah la..

kawan:    hei, dah panjang lebar pulak melalut...





   






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...