Wednesday, July 13, 2011

Siapa yang tipu sekarang????

         


           Pada suatu hari polis telah mendapat satu panggilan telefon yang mengatakan bahawa terdapat satu pembunuhan yang telah berlaku di sebuah rumah di kampung A.

          Apabila sampai di sana mereka mendapati seorang lelaki telah mati di bunuh dengan mengunakan parang. Isteri mangsa dan anak perempuan mangsa kedua-dua telah mengaku melakukan pembunuhan itu.....
         
          Keadaan pakaian isteri mangsa koyak rabak dan tidak terurus, manakala anak perempuan nya pula masih lengkap berpakaian sekolah. Kemudian pihak polis cuba mendapat kan keterangan daripada saksi iaitu jiran mangsa.
       
         Jiran mangsa iaitu seorang janda mengatakan beliau terdengar bunyi pergaduhan daripada rumah mangsa dan apabila dia datang dia mendapati mangsa telah pun di bunuh oleh isteri mangsa.
       
         Setelah laporan forensik keluar, kesan cap jari isteri mangsa dan anaknya tidak terdapat pada alat pembunuhan. Tetapi terdapat kesan cap jari jiran mangsa dan juga satu lagi kesan cap jari yang tidak dikenali pada alat pembunuhan tersebut....

Persoalanya :

  • Kenapa terdapat cap jari jiran mangsa pada senjata pembunuhan?
  • Cap jari siapakan selain jiran mangsa pada alat pembunuhan tersebut?
  • Kenapa isteri dan anak perempuan mangsa berebut2 mengaku melakukan pembunuhan itu?
  • Siapa sebenarnya yang melakukan membunuhan tersebut?
  • Kenapa mangsa dibunuh?
  • Siapa sebenarnya yang menipu dan siapa yang bercakap benar?

So, bayangkan anda adalah detektif yang menyiasat kes ini, anda rasa apa yang berlaku sabenarnya....????

       

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...