Sunday, December 15, 2013

Post bersihkan habuk...puhhhhh

Salam pembuka bicara,

Di sebabkan terlalu busy dengan benda yang tak berapa berfaedah, telah menyebabkan tempat ni dah berabuk-rabuk (uhukkkk..uhukkk).

Musim final da nak tiba, hahaha, persediaan macam mana, assignment semua dah hantar?
Aku macam biasa lah, time nak final ni macam-macam benda tak berfaedah di buat, lambakan drama untuk di tengok, siap dah tahu next episode keluar hari apa, tapi tak de lah sampai sanggup tengok Raw episode macam dulu. heeee~

Semalam, di sebabkan saya berjaya menyiapkan assignment statistic yang 'menarik'. So, rasa nak reward diri sendiri la pulak. Penyebab utama assignment tu boleh siap adalah internet tak de semalam...(berlagak macam study untuk final)

Ada banyak benda yang berlaku semester ni, nak cerita pun panjang sangat untuk di ringkaskan. Tapi semester ni aku dapat bezakan yang mana lawan and yang mana kawan. Kadang-kadang dalam hidup kita ni, kita akan jumpa dengan pelbagai jenis manusia. Yang baik yang tak baik pun ada. Siapa kawan kita, kita yang pilih. Tapi aku dah jumpa dah, orang yang aku boleh jadi diri aku sendiri. I hope this gonna be forever my friend.

Goodluck untuk final semua, Don't worry masih belum terlambat untuk berusaha, in shaa Allah, apa yang kita usaha itulah yang akan kita dapat, study smart jangan study hard, Kalau kita gagal sekali tak semestinya kita akan gagal selama-lamanya kan..All the best~






p/s: 1  4  3 too~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...